August 15th, 2009 by ninaroshman
Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan( couple) atau
seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa

perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya : PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA
Sesebuah perhubungan ˜istimewa” antara seorang lelaki dan wanita
seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk
berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti
tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur,
bersuka-suka dan sebagainya. KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA
Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti
ber”dating”, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke
peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu)
menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring”
seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di
dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus,
perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini
adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan
bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila
Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau
tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut
diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada
yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah
ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga
adalah haram. KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita
muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si
lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan
bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan
dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau
setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah
dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku
perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat
pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut.
Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya
berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan
seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan
maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan
kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di
luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita. KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak
menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)
atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki
yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan
kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya
khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka
beberapa kali dalam seminggu. Cuba
bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat
remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah
pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian.
Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar
selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini
kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27) KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu
kepada perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat
terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan
yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara
marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan
yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang
digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di
hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan
secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang
perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu
dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka
status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku
daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram
Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

Pengadaran : 1 2 3 4 5

Terima kasih atas pengadaran anda

10 PERKARA YANG SIA-SIA

August 15th, 2009 by ninaroshman
1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib
sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari
masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam
kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar
lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang
ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan
tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak
diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
wallahuallam

lihat personaliti anda….

August 15th, 2009 by ninaroshman

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober

ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, ‘hidup mesti ceria!’ Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
‘Diam-diam ubi berisi’ itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti ‘talam dua muka’.

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.

Helo dunia!

February 20th, 2009 by ninaroshman

Welcome to Friendster Blogs. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!